Nurul Haidah |
FollowDashboard




Wangian mengikut mood kamu!
Saturday, December 7, 2019 10:13 0 Atashinchi


Aroma tubuh yang wangi bagaikan aksesori sempurna buat si gadis mahupun jejaka. Bukan itu sahaja, aroma minyak wangi juga mempengaruhi suasana hati kamu. Ingin tahu lebih lanjut? Jom semak.

1. Rasa tertekan: Agar rasa lebih tenang, wangian dengan aroma bergamot, clary sage, frankincense, limau gedang, jasmin, lavendar, mandarin, neroli, patchouli, chamomile, ros, sandalwood, vetiver atau ylang ylang ialah pilihan terbaik.

2. Rasa sedih: Hiruplah aroma citrus, buah anggur atau lemon kerana ia berupaya untuk membangkitkan lagi semangat serta keyakinan diri.

3. Lebih fokus: Bagi mempertajamkan memori dan konsentrasi, cubalah wangian dengan aroma selasih, lada hitam, cypress, lemon, pudina atau rosemary.

4. Membangkitkan perasaan sensual dan seksi: Cubalah wangian dengan aroma lavendar, labu, civet, vanila, musk, cendana, amber atau jasmin.

5. Membangkitkan rasa percaya diri yang tinggi: Hiruplah wangian beraroma bergamot, cedarwood, clary sage, frankincense, limau gedang, jasmin, lemon, neroli, oren, chamomile, sandalwood atau vetiver.

6. Membangkitkan perasaan gembira: Cubalah menghirup aroma cypress, frankincense, helichrysum, neroli, ros. sandalwood atau vetiver.

"Perfume is like a new dress, it makes you quite simply marvellous"
- Estee Lauder


Sumber: Majalah Remaja, 1 Februari 2012

Labels: , ,



Older Post . Newer Post
Template by Nurul Haidah. All Rights Reserved © 2020.