//Nurul Haidah
FollowDashboard




permohonan pengecualian bayaran balik ptptn
Sunday, January 31, 2021 15:23 19 Atashinchi
assalamualaikum hi guys, happy weekend. harini aida nak tunjuk step by step untuk permohonan pengecualian ptptn untuk ijazah sarjana muda kelas pertama. before that, sila baca dulu syarat syarat untuk permohonan pengecualian ptptn di sini. untuk pelajar uitm, syarat yang melayakkan korang untuk dapat pengecualian ptptn adalah dengan mendapat cgpa dekan 3.50 dan keatas. cgpa dekan ni depend on universiti korang tau. and make sure, korang dah melepasi konvokesyen dan dah ada official trancript dan sijil dari pihak universiti yang mengatakan korang dapat ijazah kelas pertama.

tapi time time covid ni for sure lah tak dapat nak konvo kan? takpe, skrol konvo korang tu boleh mohon online je. bukak website tuntutan skrol & transkrip rasmi di sini, baca apa yang dia nak, download borang kat sini and email kan ke pegawai yang bertugas ikut fakulti masing. nak tau senarai pegawai yang bertugas mengikut fakulti boleh klik sini. tolong ya, jangan simply email dokumen semata mata. tolong email dengan beradab :). ni contoh email tu.


click to enlarge

nanti skrol dan transkrip tu akan dipos ke rumah korang. free of charge je dont worry. ni untuk student uitm tau.

dah habis baca syarat syarat dia, korang memenuhi syarat syarat yang dinyatakan, skrol dan transkrip rasmi dah ada kat tangan korang? okay jom tengok step by step bawah ni. tolong tengok, baca dan fahamkan betul betul okay!


1)  log in akaun ptptn korang kat sini. masukkan no ic and password. then klik log masuk.
























2) bila dah log in, ni lah paparan yang akan keluar kat skrin korang.




3) pergi kat sidebar tu and click penyata baki yang dalam kotak merah tu.



4) klik semakan no pinjaman.


5) okay, dekat no pinjaman tu, ada 7 digit kan? haa simpan nombor ni elok elok. copy paste la kat mana mana kat notes dalam phone ke, tulis kat note book ke. ikut la. asalkan korang SIMPAN nombor ni okay. ingat, ni adalah nombor pinjaman ptptn korang.


6) okay sekarang, pergi ke website permohonan pengeculian ptptn kat sini dan masukkan no ic dan no pinjaman 7 digit yang korang ambik dari website ptptn tadi dan klik butang log masuk.

7) dia keluar macam ni kan? okay klik butang mohon.



8) ni adalah paparan borang untuk permohonan. isi segala maklumat yang diperlukan.



9) okay sekarang, tengok baik baik kat bahagian maklumat pengajian ni. ada 3 tarikh kan? tarikh tamat pengajian tu korang isi je hari terakhir final exam. kalau tak ingat, isi je 31hb untuk bulan yang korang last final exam tu. untuk tarikh senat, sila amik sijil yang mengatakan korang dapat first class. sijil ni ada dua. satu english satu malay. okay kat situ ada tarikh kan? ha tu lah tarikh senat. tarikh konvo tu, isi tarikh sidang konvo, maksudnya hari kejadian konvo.


 
10) dah siap isi semua maklumat sampai bawah, klik butang seterusnya. ni lah paparan maklumat permohonan korang.  ni penting ye. pastikan semua maklumat yang korang isi ni adalah benar dan tepat. tiada unsur penipuan!


11) sekarang, part paling crucial ialah untuk upload segala dokumen sokongan yang diperlukan. untuk peringatan, salinan slip gaji korang dan ibu bapa (3 months latest), penyata kwsp ibu tidak bekerja dan surat akuan sumpah ibu tidak bekerja perlu dapatkan cop pengesahan yang mengandungi cop rasmi, tandatangan dan detail pegawai yang mengesahkan dokumen. pengesahan hanya boleh dibuat oleh senarai pegawai seperti dibawah sahaja:

  • Pengetua, Guru Besar Sekolah (Sekolah Kerajaan Sahaja);
  • Penghulu, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum (Sabah & Sarawak sahaja), atau Mukim Bertauliah;
  • Pegawai Kerajaan, Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred 41/ Kumpulan A ke atas), Pengamal Undang-Undang (Penjawat Awam), Jaksa Pendamai atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Ahli EXCO)
untuk kes ni, korang boleh dapatkan terus pengesahan dari pensyarah dari universiti korang. pilihlah mana mana pensyarah yang pernah ajar korang. kalau macam aida, aida akan whatsapp lecturer yang pernah ajar aida untuk minta kebenaran pengesahan dan emailkan semua salinan yang diperlukan. make sure, semua salinan tu dah scan siap siap. pastikan salinan tu jelas dan terang.

bila dah ada semua dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan  ni, pastikan saiz fail untuk semua dokumen ni tak lebih dari 500kb. kalau tak, nanti tak boleh upload. so tolong compress siap siap dokumen tu. boleh compress kat website sini.

untuk surat akuan sumpah ibu tidak bekerja, korang boleh refer contoh surat pada simbol info 🛈 tu. klik je simbol tu nanti dia keluar contoh surat akuan sumpah tu. untuk akuan sumpah ni, sila bawa ibu dan surat akuan sumpah ni ke pejabat pesuruhjaya sumpah. pejabat ni selalu ada kat area pekan dekat dengan rumah korang. caj bayaran masa aida buat ni hanya rm10.




12) dah siap check semua maklumat dan upload semua dokumen sokongan yang diperlukan, baca, fahamkan dan tanda pengesahan permohonan. then, klik butang hantar.




13) okay dah siap!. so ni lah paparan dia lepas korang dah submit permohonan tu. permohonan ni akan diproses selama 60 hari dari tarikh korang submit permohonan. alaa tak lama pun huhu. pejam celik pejam celik dah cukup 60 hari 😉.



14) okay sekarang, klik butang cetak halaman, right click dan print.



15) akhir sekali, klik butang save. siap! simpan elok elok permohonan tu ye.



16) lepas 60 hari, boleh lah check balik status permohonan korang. tadaaaa, dah dapat pengecualian bayaran balik ptptn untuk degree. alhamdulillah dan tahniah, korang tak perlu bayar untuk pinjaman degree lagi dah 😊.




all the best korang. semoga dipermudahkan urusan untuk permohonan dan semoga korang pun berjaya dapat pengecualian ptptn ni. aminn insyaaAllah. akhir kata, dah dapat pengecualian ptptn untuk degree ni, jangan lupa bayar pinjaman ptptn untuk diploma okay (kalau ambik la). Allah dah permudahkan urusan kita, kita permudahkan urusan orang lain jugak 😊

Labels: , ,



Older Post
Template by Nurul Haidah. All Rights Reserved © 2020.