|
 10 Petanda Dia Jodoh Kita
Firman
Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu." (Surah Muhammad, ayat
7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal
antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu
sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia
seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia
adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak
berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa
serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya,
sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada
sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari
semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi
pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia
tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum
ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai
kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.nYang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan
rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan
tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati
kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di
hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran
menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,
sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila
dia jujur, semakin hangat lagi hubungan
cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,
dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya
rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat
mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah
rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila
memberitahu rahsia-rahsia kepada
kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu
yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya
dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama
melalui hidup ini. Kita dan kekasih
perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara
sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah
ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya
bersama-sama. Kita dan dia juga dapat
melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia
mempengaruhi kehidupan kita pada masa
hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul
beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah
ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah
memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita
berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka,
dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam
percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula
suami isteri''. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia
sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang
dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang
bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya
dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan
mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan
tidak mandi dua hari dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita
dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang
ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia
dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita
dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan
untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah
SWT. Manusia hanya perancang di pentas
dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan
izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika
dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang
kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya
diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah,
nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat
di akhirat adalah kekal selamanya.
Sumber : blogjiwajiwa
Labels: ikhlas, istikharah, jodoh, petanda, sayang, tawakkal
Older Post . Newer Post
The Owner
about me
- known as haidah & aida. nothing than that
- born on september 19, 1996 (currently: 24)
- a junior chemist
- loves cat, baby's breath, rain, pastel blue, chocolate
reach me on:
facebook
twitter
instagram
Agree or Disagree
Untuk copy tutorial pastikan click Ctrl+C!
Free to use but definitely a must to credit. write like this -> Credit : Nurul Haidah.
Do not use harsh / bad words!
Untuk request tuto, tulis dekat tagboard or comment.
Sebarang pertanyaan tolong comment ok?
Tutorials

I've used tutorials from Nurul Atiqah Jaidin's blog. Thanks to her for giving me a permission to takes her tutorials. 
Tutorials For Bloggers
Tutorials For Blogskin
Tutorials For Photoshop, Gimp, Photoscape
Tutorial For Blog!
Download Section
Download Adobe Photoshop Cs3-wan hazel
Download Adobe Photoshop Cs5-wan hazel
Download Adobe Illustrator CS5-wan hazel
Download Gimp 2
Download Photoscape
Paint Tool Sai
MP3 Player
Youtube Player Transparent
Cute MP3 Mini
Billy Player
AudioPlay Music Player
How To Find IronDJ URL
Tutorials for Newbies
Basic Codes
Type of Border
Styling Sidebar
Cara Tukar URL Blog
Cara Mudah Dapatkan URL Gambar
Timbang Berat Blog
Cari Blog ID
Colour Codes
Cara Menggunakan Ctrl+f
Print Screen Button
How To Use Blockquote
How to Private Blog
1 Post in 1 Page
Letak Link Pada Banner or Gambar
 Coming soon
Tutorials for All Templates
Online Users
Sign Up Cbox
Download Fonts
Letak Smiley Dalam Cbox
Tukar Background Blog
Header Berpusing Dan Hilang
Underline Background
Buang Underline Bawah Link
Underline Hover
Image Hover (Part1)
Image Hover (Part2)
Slide show menggunakan Marquee
Border Blog Shadow
Open New Tab
jquery top button
Highlight Text Bershadow
Private CBox
Gambar Melengkung
Letak Twitter Widget Dalam Blog
Scroll Box Dalam Post
Scroll Bar Part 2
Update Box Ver 1
Update Box Ver 2
Update Box Ver 3
Letak Greeting Text di Setiap Post
Simple Navigate
Cursor Love Sparkling
Letak Background Untuk Cbox
Tambah Link
Agree or Disagree
Double Cursor
Ubah Saiz Gambar
Letak Copyright
Sticky Post
Tukar Dashboard Baru ke Dashboard Lama
Buang Word Verfication (Comment)
Letak Ayat di Atas Cbox (Like Me)
Tukar Sidebar Title kepada Image
Tukar Bullet Post kepada Icon Comel
Hide Music Player
Spoiler Button
Request Form
Make Your Own Cursor Effect
Recent Twitter Visitors Widget
 Coming soon
Tutorial For Blogskin!
Photoshop, Gimp, Photoscape!
Those Close Ones
let me know on cbox if you want to be my mutual ;)
Qistina
Lara
Amirah
Misz Sunsweetz
FaqihahHusni
Pinkizluv
Azmira
Farah
Fieka
Lia Abdillah
Amirah
Luna
Wani
Mimievans
Mrs AF
FatinHazwani
Natasha
Fyraa
Lala
Rara
Nurrahayuizaima
Yana
Hanie
Rara
AqilaF
Sunnye
Jaera
Lika
Intan
Finaa
Alia Eyra
N.Afiqah
Cikk Mira
Ikha
Syahirah
Next?
 10 Petanda Dia Jodoh Kita
Firman
Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu." (Surah Muhammad, ayat
7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal
antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu
sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia
seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia
adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak
berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa
serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya,
sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada
sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari
semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi
pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia
tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum
ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai
kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.nYang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan
rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan
tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati
kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di
hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran
menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,
sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila
dia jujur, semakin hangat lagi hubungan
cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,
dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya
rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat
mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah
rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila
memberitahu rahsia-rahsia kepada
kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu
yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya
dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama
melalui hidup ini. Kita dan kekasih
perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara
sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah
ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya
bersama-sama. Kita dan dia juga dapat
melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia
mempengaruhi kehidupan kita pada masa
hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul
beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah
ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah
memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita
berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka,
dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam
percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula
suami isteri''. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia
sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang
dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang
bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya
dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan
mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan
tidak mandi dua hari dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita
dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang
ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia
dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita
dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan
untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah
SWT. Manusia hanya perancang di pentas
dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan
izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika
dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang
kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya
diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah,
nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat
di akhirat adalah kekal selamanya.
Sumber : blogjiwajiwa
Labels: ikhlas, istikharah, jodoh, petanda, sayang, tawakkal
Newer Post . Older Post
|
