//Nurul Haidah
FollowDashboard




Tips Nak Memujuk Perempuan Merajuk
Sunday, September 22, 2013 17:04 0 Atashinchi


Hati perempuan sangat lembut. Jadi, kalau kamu betul betul sayangkan dia, pujuklah dengan bersungguh-sungguh. Pasti hatinya akan sejuk dan kembali seperti biasa. Ingat, jangan selalu sakitkan hati perempuan kerana sekali hati perempuan tersebut sakit, sampai bila bila dia akan ingat. Jadi, selamat mencuba!

Senyum
Apabila si dia marah dan merajuk, cuba buat muka tak ada perasaan ataupun senyum depan dia. Lagi dia marah, atau merajuk, teruskan senyum. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi sebab kasihan dan risau dengan kewarasan kamu.

Buat lawak
Kena tengok ‘mood’ dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal pasal tangan si dia hinggap di muka. Pastikan lawak itu menjadi dan cukup kelakar. Pasti sekejap saja dia merajuk dan selebihnya tergelak dengar lawak kamu. Kalau dia tak ketawa, anggap saja dia ketawa dalam hati.

Beli hadiah
Belikan si dia sesuatu ikut kemampuan kamu. Apa yang disukai, minat, idam, benda comel, apa saja. Cuba belikan dia hadiah dan buat kejutan untuknya. Mesti cair dan automatik merajuk terus hilang.

Hantar sms/mms/voicemail
Manfaatkan teknologi ke tahap maksimum. Sekiranya ada simptom si dia merajuk, hantarlah sms/mms/voicemail kepadanya. Guna ayat yang menunjukkan kamu minta maaf dengan setulus hati. Senang bukan? Tapi kalau duduk bersebelahan, takkanlah nak hantar sms juga. Lebih baik cakap berdepan.

Buat bodoh
Tip yang kurang disyorkan sebab mungkin akan berlaku perpisahan. Tapi kalau kamu nak mencuba, apa salahnya. Apabila si dia merajuk atau marah buat tak tahu. Tengok reaksi dia, sama ada ‘fed up’ dan terus ‘ok’ sebab malas nak layan kerenah kamu atau ‘fed up’ dan terus tinggalkan kamu keseorangan. Kalau pilihan kedua terjadi, padanlah muka sebab tak pujuk!

Merajuk balik
Boleh diibaratkan macam main tarik tali. Apabila si dia sedang merajuk, cuba kamu merajuk balik dan tengok reaksi dia. Kalau dia pujuk balik, maknanya dia betul sayang dan sabar dengan kamu. Seronok kalau kesudahan yang bagus, kalau sebaliknya, tanggung sendiri!

Labels: , , ,

10 Petanda Dia Jodoh Kita
Friday, November 16, 2012 00:55 9 Atashinchi


Firman   Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad,  ayat 7)

 Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat  hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama  lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah  ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan  minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.nYang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat  lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi  supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai  rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada   kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh  kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup  ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara  sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan  perlulah   ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas  masing-masing.   Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui  semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat  melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang  melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan  kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup  bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus  peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri''. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk  melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi  apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat  petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika  tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah  bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya  diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat  di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Sumber : blogjiwajiwa

Labels: , , , , ,

13 Annoying Things Couples Do
Thursday, August 2, 2012 14:55 6 Atashinchi
                               

Sebagai sepasang kekasih tanpa disedari ada tindak tanduk korang mungkin ‘terover’ sedikit sehingga mengundang rasa tidak puas hati pada orang lain, khususnya mereka yang rapat dgn korang. Hurmm..ada banyak ni! So let’s check it out!

 1.Bermetamorfosa

Sebelum ni korang langsung tidak meminati sukan bola sepak tetapi sejak mempunyai BF tiba2 terus menjadi fanatik salah satu kelab bola sepak. Bahkan, selepas menonton bola, korang bukan main lagi rancak bercerita seolah2 korang telah meminati bola sepak sejak dulu lagi.

Yes, people change n that’s good tapi tidak bererti perlu berubah menjadi kembar si BF. Apatah lagi korang yang terlebih fanatik!


2.Macam belangkas!

Ibarat sudu dan garfu yang tidak boleh dipisahkan, hubungan korang dan si dia. Saat diajak girls day out pun korang turut bawak BF sebagai peneman. Malahan ketika aktiviti hujung minggu bersama keluarga pun, si dia tetap setia menemani korang. Dalam kata lain, ke mana2 pergi pun pasti berdua. Tidak boleh dipisahkan!

Begitu juga ketika ditanyakan soalan, daripada sepatutnya menggunakan kata diri ‘saya’, alih2 bertukar menjadi ‘kami’ untuk menunjukkan betapa sehati sejiwanya korang berdua.


3.Live action

Tanpa menghiraukan tempat dan situasi, korang tanpa segan silu asyik berpeluk2kan dgn mesra. Sesekali mesra kelihatan korang mencubit pipi si dia tanpa mempedulikan mata2 yang memandang. Kemesraan tersebut bukan sekadar hanya di alam realiti sahaja, bahkan di laman sesawang juga korang tidak teragak2 untuk mengabadikan foto manja dan gedik korang berdua.


4.Main suap2

Jika kedua belah tangan si dia sudah tidak berfungsi lagi untuk menyuap makanan barulah boleh dibantu. Nak mesra boleh, tapi jangan la over sangat! Sedangkan budak kecik pun boleh makan sendiri, inikan korang yang dah besar panjang kan? Jangan persoalkan ‘jealous’ dan sebagainya sebab sweet sangat ke bersuap2 di khalayak ramai sehingga menimbulkan rasa meluat di hati orang yang melihatnya? Oh! Please..tolonglah!!


5.Menghalang perjalanan

Menikmati masa bersama si dia sambil berpimpin tangan boleh je tapi prihatinlah sikit pada orang2 dibelakang korang. Kalau dah berjalan macam kura2, tentu sahaja akan mengganggu perjalanan orang lain di belakang.


6.Minta kebenaran

Setiap kali diajak keluar bersama kawan2 sebelum mengiakannya pasti korang akan berkata, “Ok, nanti aku tanya dulu pada Big Boss, boleh ke join”. Hello..apa gunanya minta kebenaran daripada BF setiap kali hendak melakukan sesuatu. Lainlah jika korang meminta izin kepada mama atau papa. Ingat, syurga korang di tapak kaki ibu, bukan di bawah arahan BF. Lagipun, si dia sendiri tidak pernah berbuat begitu pada korang. Adil ke?


7.Miss mix & match

Sejak terikat dengan status GF orang ni, korang mula berasa begitu penting status ‘not available’. Kerja2 mix n match kawan2 diaturkan oleh korang sendiri, sedangkan masa single dulu siap keluar statement ‘not need a boy to make u happy’ tapi sekarang apa sudah jadi? Korang mula merasakan hidup memiliki BF adalah sesuatu yang wajib dan jika masih single, auuchh! Malulah!


8.Internal signal or languange

Dalam pada ketika berbual2 bersama kawan2, tiba2 korang dan BF ketawa. Pelik kan? Apabila ditanya, korang akan menjawab “rahsia”. Tak perlulah bercakap atau menunjukkan signal yang hanya dimengertikan oleh kalian berdua sedangkan waktu itu bukankah korang duduk secara berkumpulan. Janganlah buat kawan2 lain seperti patung.


9.Menghilang

Sejak memiliki BF ni, aktiviti bersama kawan2 makin lama makin sepi. Entah ke mana hilangnya korang. Pelbagai alasan diberi jika ditanya status korang berada sedangkan pada ketika itu duduk berkepit bersama si dia. Lupa kawan2 nampak! Tapi apabila putus, pandai pulak cari kawan2 untuk meluahkan rasa sedih sambil berbaldi2 air mata.


10.Wajib duduk bersebelahan

Korang tanpa segan silu meminta kawan2 beralih tempat semata2 mahu duduk bersebelahan dengan si dia. Seolah jika terpisah beberapa minit, dunia bakal kiamat! Hehe..


11.24/7 sayang, sayang, sayang

Setiap pasangan mempunyai panggilan mesra tetapi ini tidak bererti sikit2 korang memanggil si dia dengan panggilan, “bee”, “honey”, atau “yang”, kan? Takut silap2 nama panggilan ni dibuat main oleh kawan2 si dia di belakang korang pula. Bayangkan betapa malunya si dia dipermainkan.


12.Baby talk

Ini lebih parah lagi daripada panggilan “sayang”. Sesuai dengan namanya baby talk hanya layak digunakan ketika berbual dengan bayi atau kucing peliharaan. Yang jelas, bukan di depan kawan2 tau, annoying lah!


13.Two soul & one heart 

Biasanya girls yang suka memaksa untuk tampil berpakaian sedondon terutama ke parti atau berjalan di shopping mall. Motif mereka hanya ingin dunia melihat betapa sweetnya mereka bersama. Macam pinang di belah dua la kononnnya. Tapi, kalau dah selalu sangat dan agak over, hurmm..boleh jadi meluat dan ‘sakit mata’. Huhu.. 

Labels: , , ,



Older Post
Template by Nurul Haidah. All Rights Reserved © 2020.