Tips Nak Memujuk Perempuan Merajuk
Sunday, September 22, 2013
17:04 0 Atashinchi Hati perempuan sangat lembut. Jadi, kalau kamu betul betul sayangkan dia, pujuklah dengan bersungguh-sungguh. Pasti hatinya akan sejuk dan kembali seperti biasa. Ingat, jangan selalu sakitkan hati perempuan kerana sekali hati perempuan tersebut sakit, sampai bila bila dia akan ingat. Jadi, selamat mencuba!
Senyum
Apabila si dia marah dan merajuk, cuba buat
muka tak ada perasaan ataupun senyum depan dia. Lagi dia marah, atau merajuk,
teruskan senyum. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si
dia tak jadi untuk merajuk lagi sebab kasihan dan risau dengan kewarasan kamu.
Buat lawak
Kena tengok ‘mood’ dulu nak berlawak, jangan
nanti tak pasal pasal tangan si dia hinggap di muka. Pastikan lawak itu menjadi
dan cukup kelakar. Pasti sekejap saja dia merajuk dan selebihnya tergelak
dengar lawak kamu. Kalau dia tak ketawa, anggap saja dia ketawa dalam hati.
Beli hadiah
Belikan si dia sesuatu ikut
kemampuan kamu. Apa yang disukai, minat, idam, benda comel, apa saja. Cuba
belikan dia hadiah dan buat kejutan untuknya. Mesti cair dan automatik merajuk
terus hilang.
Hantar sms/mms/voicemail
Manfaatkan teknologi ke tahap maksimum.
Sekiranya ada simptom si dia merajuk, hantarlah sms/mms/voicemail kepadanya.
Guna ayat yang menunjukkan kamu minta maaf dengan setulus hati. Senang bukan?
Tapi kalau duduk bersebelahan, takkanlah nak hantar sms juga. Lebih baik cakap
berdepan.
Buat
bodoh
Tip yang kurang disyorkan sebab mungkin akan
berlaku perpisahan. Tapi kalau kamu nak mencuba, apa salahnya. Apabila si dia
merajuk atau marah buat tak tahu. Tengok reaksi dia, sama ada ‘fed up’ dan
terus ‘ok’ sebab malas nak layan kerenah kamu atau ‘fed up’ dan terus
tinggalkan kamu keseorangan. Kalau pilihan kedua terjadi, padanlah muka sebab
tak pujuk!
Merajuk
balik
Boleh diibaratkan macam main tarik tali.
Apabila si dia sedang merajuk, cuba kamu merajuk balik dan tengok reaksi dia.
Kalau dia pujuk balik, maknanya dia betul sayang dan sabar dengan kamu. Seronok
kalau kesudahan yang bagus, kalau sebaliknya, tanggung sendiri!
Labels: cinta, merajuk, perempuan, sayang
8 Tanda-tanda Cinta Yang Bakal Layu
Sunday, August 4, 2013
23:05 1 Atashinchi Rasanya perihal cinta tidak akan selesai dibahaskan. Cinta merupakan sesuatu yang terlalu kompleks dan hanya manusia yang bertuah serta bernasib baik berpeluang merasainya. Kehangatan bercinta terasa bila si dia dan si dia tidak jenuh merindudan bertukar janji kasih sayang. Biarpun sedetik tidak bertemu atau mendengar suara, hati tetap berasa kosong kerana angau percintaan. Sungguh romantis bukan? Tapi, bagaimana pula bila rasa cinta mula malap? Dapatkah kita merasainya? Atau lebih tepat, mahukah kita mengakuinya? Bukan mudah untuk menerima kenyataan namun sebagai manusia kita perlu bersedia. Tidak semuanya bakal berakhir dengan indah seperti kisah dongeng kanak-kanak. Dongeng juga ada yang berakhir dengan tragis...
Jarang
berkomunikasi
Mulanya di sini.
Kalau dulu, anda berdua ada sahaja perkara yang ingin dibualkan, tapi sekarang
sudah jarang. Tiada lagi topik yang ingin dibicarakan, malah anda berdua
seperti malas mahu bersuara. Kekerapan mendapat panggilan telefon ataupun
bertemu janji sudah mula berkurangan dengan drastik. Hati-hati, ini tanda
kecil.
Kerap bertengkar
Sudahlah jarang
berbual, bila ingin berbicara lain pula jadinya. Mulalah pertengkaran yang
terlalu sering terjadi. Dengan secara tiba-tiba, pendapat anda berdua asyik
bercanggah. Dia mahukan ini ,dan anda pula mahukan yang itu. Lebih parah bila
setiap yang anda tengkarkan tiada jalan penyelesaian.
Curang
Apa lagi yang perlu
anda selidik? Kalau dengan terang anda sudah tahu bahawa kecurangan bergerak
bebas dalam perhubungan anda berdua, janganlah buang masa. Seperti nyanyian
Ziana Zain, “Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan?”. Sekiranya anda
sendiri sudah mula curang dan dia juga menunjukkan belang memasang tyre
keliling pinggang, alamat accidentlah perhubungan kamu!
Berbohong dan
hilang kepercayaan
Perhubungan yang
sihat tidak seharusnya dicemari dengan noda dusta dan kepalsuan. Kalau sayang
berterus-terang, kalau benci baiklah berhenti. Jika kamu dapati dia sudah mula
menipu atau ada sendiri mula berdusta, lebih baik anda putuskan sahaja hubungan
anda berdua. Trust is very important in a relationship.
Sering berfikir
tentang orang lain
Ini juga tidak
memerlukan nasihat pakar untuk diberikan kesimpulan. Sekiranya anda dapati
bahawa anda sering berfikir dan angau tentang seseorang (selain daripada buah
hati kamu), ini beerti anda sudah mula melupakan si dia. Kalau betul anda
cintakan dia, pasti dia sentiasa di hati bukan?
Bosan
Oh, yang ini sudah
agak kritikal. Tatkala anda mula merasa bosan melihat pasangan anda, ini
mungkin bererti anda juga sudah bosan dengan kasih sayang yang dikongsi selama
ini. Anda sepatutnya tidak merasa jenuh menatap suara wajah atau mendengar
suara kekasih sendiri! Andai ini yang anda rasai, ucapkanlah selamat tinggal
pada si dia.
Mengelak
Setelah bosan
dengan sikap dan kerenahnya anda mula mengelak dari bertemu atau berbual
dengannya. Anda lebih selesa bila tidak berbicara dengannya. Malah lebih
gembira bersama teman-teman yang lain. The love is definitely fading if this
starts to happen.
Benci
Inilah kemuncak
segala-galanya. Ada orang putus hubungan dengan cara yang baik dan masih kekal
bersahabat. Namun apabila anda berdua sudah mula merasa benci terhadap satu
sama lain, itu adalah pembayang muktamad. Sebelum anda berbunuh-bunuhan,
putuskan sahaja hubungan. Sekurang-kurangnya ia tidak akan berakhir dengan
kematian atau kecederaan. Maklumlah, zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.
Hari Ini
Thursday, July 19, 2012
15:10 0 Atashinchi hari ini hati yang terang telah berubah menjadi suram
hari ini wajah berseri berubah menjadi sedih
hari ini pun hujan lebat diiringi petir yang menyambar-nyambar
hari ini aku mengerti yang aku akan kehilangan kau
hari ini juga aku mula sedar jarak akan memisahkan kita
hari ini juga aku percaya hari-hari akan datang akan sunyi
tanpa kehadiranmu
hari ini juga aku sedar akan tiba saat terakhir aku menatap wajah manismu
hari ini aku hancur
apabila mengingatkkan kau yang akan melangkah pergi
meninggalkan aku sendiri di sini sunyi tanpa hadirmu
dan dirimu hanya meninggalkan secebis kenangan untuk aku ingati
hari ini aku hancur
hancur berkeping-keping merasakan semua ini bila hari ini
aku tidak mengatakan bahawa aku mencintai dia
sedangkan inilah kesempatan terbaik aku meluahkan kata hati
kata hati yang terbuku sebelum dia melangkah pergi
tetapi...mungkinkah akan berlaku keajaiban bila dia
mengetahui isi hatiku yang tulus?
walau apa pun yang akan terjadi selepas hari ini
hati dan perasaanku tidak berubah dan tidak akan pernah berubah
dan aku ingin dia tahu
sesungguhnya yang sampai hari ini
aku kan tetap mengagumi dia
masih seperti saatku bertemu dia
dihari pertamaku mengenal dia
walau pun semula telah berakhir
aku berharap hari esok tak seperti hari ini
cukup hari ini merasakan semua kepedihan ini
merasakan kehancuran dan kekecewaan dalam diriku
kebodohan yang tak dapat difahami dan suatu perasaan
yang menyeksa diri..

.jpg)


about me
Untuk copy tutorial pastikan click Ctrl+C!
Free to use but definitely a must to credit. write like this -> Credit : Nurul Haidah.
Do not use harsh / bad words!
Untuk request tuto, tulis dekat tagboard or comment.
Sebarang pertanyaan tolong comment ok?










