//Nurul Haidah
FollowDashboard




8 Tanda-tanda Cinta Yang Bakal Layu
Sunday, August 4, 2013 23:05 1 Atashinchi


Rasanya perihal cinta tidak akan selesai dibahaskan. Cinta merupakan sesuatu yang terlalu kompleks dan hanya manusia yang bertuah serta bernasib baik berpeluang merasainya. Kehangatan bercinta terasa bila si dia dan si dia tidak jenuh merindudan bertukar janji kasih sayang. Biarpun sedetik tidak bertemu atau mendengar suara, hati tetap berasa kosong kerana angau percintaan. Sungguh romantis bukan? Tapi, bagaimana pula bila rasa cinta mula malap? Dapatkah kita merasainya? Atau lebih tepat, mahukah kita mengakuinya? Bukan mudah untuk menerima kenyataan namun sebagai manusia kita perlu bersedia. Tidak semuanya bakal berakhir dengan indah seperti kisah dongeng kanak-kanak. Dongeng juga ada yang berakhir dengan tragis...
 Jarang berkomunikasi
Mulanya di sini. Kalau dulu, anda berdua ada sahaja perkara yang ingin dibualkan, tapi sekarang sudah jarang. Tiada lagi topik yang ingin dibicarakan, malah anda berdua seperti malas mahu bersuara. Kekerapan mendapat panggilan telefon ataupun bertemu janji sudah mula berkurangan dengan drastik. Hati-hati, ini tanda kecil.

 Kerap bertengkar
Sudahlah jarang berbual, bila ingin berbicara lain pula jadinya. Mulalah pertengkaran yang terlalu sering terjadi. Dengan secara tiba-tiba, pendapat anda berdua asyik bercanggah. Dia mahukan ini ,dan anda pula mahukan yang itu. Lebih parah bila setiap yang anda tengkarkan tiada jalan penyelesaian.

  Curang
Apa lagi yang perlu anda selidik? Kalau dengan terang anda sudah tahu bahawa kecurangan bergerak bebas dalam perhubungan anda berdua, janganlah buang masa. Seperti nyanyian Ziana Zain, “Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan?”. Sekiranya anda sendiri sudah mula curang dan dia juga menunjukkan belang memasang tyre keliling pinggang, alamat accidentlah perhubungan kamu!

 Berbohong dan hilang kepercayaan
Perhubungan yang sihat tidak seharusnya dicemari dengan noda dusta dan kepalsuan. Kalau sayang berterus-terang, kalau benci baiklah berhenti. Jika kamu dapati dia sudah mula menipu atau ada sendiri mula berdusta, lebih baik anda putuskan sahaja hubungan anda berdua. Trust is very important in a relationship.

 Sering berfikir tentang orang lain
Ini juga tidak memerlukan nasihat pakar untuk diberikan kesimpulan. Sekiranya anda dapati bahawa anda sering berfikir dan angau tentang seseorang (selain daripada buah hati kamu), ini beerti anda sudah mula melupakan si dia. Kalau betul anda cintakan dia, pasti dia sentiasa di hati bukan?

 Bosan
Oh, yang ini sudah agak kritikal. Tatkala anda mula merasa bosan melihat pasangan anda, ini mungkin bererti anda juga sudah bosan dengan kasih sayang yang dikongsi selama ini. Anda sepatutnya tidak merasa jenuh menatap suara wajah atau mendengar suara kekasih sendiri! Andai ini yang anda rasai, ucapkanlah selamat tinggal pada si dia.

 Mengelak
Setelah bosan dengan sikap dan kerenahnya anda mula mengelak dari bertemu atau berbual dengannya. Anda lebih selesa bila tidak berbicara dengannya. Malah lebih gembira bersama teman-teman yang lain. The love is definitely fading if this starts to happen.

 Benci
Inilah kemuncak segala-galanya. Ada orang putus hubungan dengan cara yang baik dan masih kekal bersahabat. Namun apabila anda berdua sudah mula merasa benci terhadap satu sama lain, itu adalah pembayang muktamad. Sebelum anda berbunuh-bunuhan, putuskan sahaja hubungan. Sekurang-kurangnya ia tidak akan berakhir dengan kematian atau kecederaan. Maklumlah, zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.

Labels: , ,

29 Signal Si Dia Ada GF Baru
Wednesday, September 12, 2012 16:27 8 Atashinchi

1. Mendadak beri perhatian
Contohnya, sebelum ni si dia tak pernah pun menemani korang menaiki bas atau berjalan kaki sehingga selamat sampai di rumah, tapi kali ni sebaliknya pula. Nampak  begitu bersungguh-sungguh bahkan tiba-tiba sahaja membelikan korang pelbagai hadiah sedangkan pada hari tersebut bukan tarikh yang istimewa pun. Boleh jadi juga, tidakan luar biasa dan pelik ini lahir daripada perasaan bersalahnya kerana telah menduakan cinta korang tu.

2. Sikit-sikit nak gaduh!
Dengan situasi sebegini, si dia mempunyai alasan untuk marah pada korang dan mempunyai alasan kukuh kenapa hatinya mula berpaling pada perempuan lain. Kononnya tidak faham antara sama lain! Memang terbaiklah!

3. “Asyik-asyik I je yang kena faham”
Si dia sering kali mengulangi ayat tersebut setiap kali bertikam lidah, bahkan pernah juga menyatakan hasrat untuk putus! Paling menyakitkan hati si dia turut mempersoalkan bagaimana kehidupan masa depannya jika perhubungan tersebut diteruskan. Padahal si dia sudah mempunyai agenda tersendiri untuk hidup bersama perempuan lain.

4. Masa bertemu : terlalu singkat
Sedangkan korang hanya berpeluang untuk berjumpa seminggu sekali. Itupun semasa weekend. Takkan  si dia tak rindu?

5. Selera muzik berubah
Si dia yang dikenali meminati muzik rock, kenapa alih-alik genre muziknya sudah bertukar kepada sentimental. Haishh! Boleh jadi juga akibat terpengaruh dengan GF barunya yang menyukai irama sentimental la tu!

6.  Mengutuk perempuan yang tak dikenali
Si dia bermati-matian berusaha mengutuk perempuan-perempuan yang memakai eye liner tebal, nampak macam hantu la, tak cantik langsung dan sebagainya, sedangkan GF barunya lah yang bermekap seperti itu. Alahai..poyonya mamat ni!

7. Ada-ada je yang tak kena
Terutama yang berkaitan dengan penampilan korang seperti gaya rambut, pakaian, kasut dan juga beg tangan. Ada-ada sahaja yang tak kena di matanya. Maklumlah, dah ada yang baru, mata dan hatinya sudah tertumpu pada keindahan yang lain.

8. Wallpaper neutral
Suatu ketika dahulu, foto mesra korang dan si dia yang selalu menghiasi wallpaper handphonenya, tetapi sekarang si dia hanya set wallpapernya dengan gambar super bike atau kereta kegemarannya. Bahkan, koleksi gambar korang di handphonenya juga turut dihapuskan dengan alasan biarlah memori handphonenya tidak penuh. Begitu juga folder gambar korang di facebook di set private. 

9. Silent
Tiba-tiba sahaja handphonenya ditetapkan silent mode. Si dia berusaha menghidari mengangkat telefonnya saat menerima panggilan GF barunya di depan korang. 

10. Menjadi menggelabah
Apabila terlupa untuk silent telefon, si dia kelihatan menggelabah atau cuak semasa menerima panggilan telefon. Sama ada si dia akan menjauh untuk menjawab telefon tersebut, reject atau dibiarkan sengaja tanpa diangkat. Bila ditanya daripada siapa, pasti si dia akan cakap panggilan daripada parents.

11. Susah dihubungi
Jika dahulu,korang tidak boleh dipisahkan walau sesaat pun, 24 jam pasti telefon tidak pernah sunyi tanpa panggilan dan sms daripada si dia tetapi sejak kebelakangan ini, ada masanya si dia tidak mengangkat telefon. Membalas sms pun mengambil masa yang lama. Tidak seperti biasa!

12. Sent item : 0
Sentiasa menghapuskan sms yang dikirimnya. Begitu juga dengan call history nya. Secara logiknya, mengapa perlu di delete, jika tiada apa yang perlu disembunyikan? 

13. Jarang berhubung
Selalunya, sehari sampai 3 kali nama si dia muncul di skrin handphone, sekarang paling baik pun cuma sekali sehari. Ada masanya sunyi tanpa panggilan si dia.

14. Sentiasa sangsi
Sedangkan korang bercakap secara umum dan tidak menuding jari kepada si dia pun tetapi kenapa si dia terasa? Siapa makan cili dia lah terasa pedasnya, kan?

15. No more :
“I LOVE YOU” kerana kenyataannya memang si dia tidak merasakannya lagi.

16. Menuduh balik!
Aikk..tak ada ribut, tak ada hujan! Tiba-tiba si dia menuduh korang yang curang dan mempunyai lelaki lain! Padahal semua tu si dia punya angkara!

17. Seronok dengan kawan-kawan
Kebelakangan ni, si dia lebih senang menghabiskan waktunya bersama kawan-kawan berbanding korang. Sedangkan sebelum ni korang adalah segala-galanya buat si dia. Tak ubah macam belangkas!

18. Mempunyai aktiviti baru
Jadualnya dikatakan begitu padat sehingga ingin selitkan sedikit masa dengan korang pun tiada. Si dia juga tidak pernah mengajak korang untuk turut serta aktiviti bersama kawan-kawannya. Boleh jadi aktiviti yang direncanakan sebenarnya dating bersama GF barunya.

19. Property korang ghaib
Misalnya, keychain yang selalunya menghiasi kunci rumah atau beg sekolahnya sudah tiada kelihatan. Siap-siap sudah dibuangnya. 

20. Bertukar kerjaya sebagai polis pencen
Sehingga pening kepala korang untuk menjawab setiap persoalannya yang ingin tahu semuanya tentang aktiviti korang. Si dia mula mengongkong hidup korang supaya tidak keluar bersama kawan-kawan di shopping complex. Kononnya cemburu apabila korang menghabiskan masa bersama kawan-kawan sedangkan hakikat sebenarnya takut terkantoi!

21. Aroma lain
Entah bajunya ke ada aroma lain yang tidak familiar dengan hidung korang. Haa..sama ada si dia sudah mula memakai perfume atau mungkin sudah menukar perfume mengikut taste GF barunya ataupun mungkin aroma ‘madu’ korang tu. Hati-hati ye!

22. Selalu menolak
Susah betul nak diajak menonton wayang walalupun pada hujung minggu. Ada je alasan yang diberikan untuk menolak ajakan korang sehingga cerita yang ingin ditonton pun sudah habis tayangannya.

23. Hobi berdandan
Perfume baru, potongan rambut baru, baru baru. Dalam kata lain, si dia sedang upgrade penampilannya. Kemungkinan besar si dia ingin tampil hebat di depan GF barunya itu seperti semasa si dia cuba menawan hati korang dulu.

24. Korang disembunyikan
Misalnya tidak pernah mengajak korang bertemu kawan-kawannya atau ke acara birthday party kawan-kawannya. Mungkin kerana ‘madu’ korang tu merupakan kawan sekolahnya.

25. Online memanjang
Jika korang yang sentiasa online dikatakan gatal dan melayan lelaki lain, tapi kalau si dia yang online tidak mengapa pulak. Mustahil hanya untuk bermain online game. Sah-sah sibuk dok layan GF barunya!

26. Salah sebut nama
Semasa berbual dengan korang ntah macam mana boleh tersasul nama perempuan lain. Jika sekali, boleh dimaafkan lah tapi jika lebih daripada tiga kali? Ha..patut dicurigai!

27. Ganti password
Although korang tak pernah minta, si dia percaya memeberikan password facebook dan twitternya tapi sekarang bila korang try login, ERROR!! Wow! Ternyata si dia sudah menukar pasword. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan ni.

28. Kata hati
Seorang perempuan sememangnya dilahirkan dengan kata hati yang kuat. Korang boleh perasan perubahannya walaupun hanya sedikit. Saat si dia berubah, korang perlu curiga. Percaya firasat korang tak pernah salah. Kerana itu, kita perlu percaya pada kata hati.

29. Layanan tawar & cepat ‘sentap’
Korang sedaya upaya mewujudkan suasana sweet seperti melukis di tangan “I still miss u here” dan menunjukkan kepada si dia. Malangnya yang keluar daripada mulutnya, “So?” woo..bikin hati panas, tapi kalau si dia bersikap sedemikian tak apa pulak. Cubalah kalau kita yang cakap macam tu, walaupun sekadar ingin bergurau uihhh..bukan main lagi si dia akan ‘sentap’!

Jangan biarkan hati korang terus terluka dan menerima sahaja tindak-tanduk si dia kerana takut kehilangan insan yang dicintai. You know that, better to be alone than to be with the wrong person!

Labels: , , , ,



Older Post
Template by Nurul Haidah. All Rights Reserved © 2020.