


Rasanya perihal cinta tidak akan selesai dibahaskan. Cinta merupakan sesuatu yang terlalu kompleks dan hanya manusia yang bertuah serta bernasib baik berpeluang merasainya. Kehangatan bercinta terasa bila si dia dan si dia tidak jenuh merindudan bertukar janji kasih sayang. Biarpun sedetik tidak bertemu atau mendengar suara, hati tetap berasa kosong kerana angau percintaan. Sungguh romantis bukan? Tapi, bagaimana pula bila rasa cinta mula malap? Dapatkah kita merasainya? Atau lebih tepat, mahukah kita mengakuinya? Bukan mudah untuk menerima kenyataan namun sebagai manusia kita perlu bersedia. Tidak semuanya bakal berakhir dengan indah seperti kisah dongeng kanak-kanak. Dongeng juga ada yang berakhir dengan tragis...

Mulanya di sini.
Kalau dulu, anda berdua ada sahaja perkara yang ingin dibualkan, tapi sekarang
sudah jarang. Tiada lagi topik yang ingin dibicarakan, malah anda berdua
seperti malas mahu bersuara. Kekerapan mendapat panggilan telefon ataupun
bertemu janji sudah mula berkurangan dengan drastik. Hati-hati, ini tanda
kecil.

Sudahlah jarang
berbual, bila ingin berbicara lain pula jadinya. Mulalah pertengkaran yang
terlalu sering terjadi. Dengan secara tiba-tiba, pendapat anda berdua asyik
bercanggah. Dia mahukan ini ,dan anda pula mahukan yang itu. Lebih parah bila
setiap yang anda tengkarkan tiada jalan penyelesaian.

Apa lagi yang perlu
anda selidik? Kalau dengan terang anda sudah tahu bahawa kecurangan bergerak
bebas dalam perhubungan anda berdua, janganlah buang masa. Seperti nyanyian
Ziana Zain, “Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan?”. Sekiranya anda
sendiri sudah mula curang dan dia juga menunjukkan belang memasang tyre
keliling pinggang, alamat accidentlah perhubungan kamu!

Perhubungan yang
sihat tidak seharusnya dicemari dengan noda dusta dan kepalsuan. Kalau sayang
berterus-terang, kalau benci baiklah berhenti. Jika kamu dapati dia sudah mula
menipu atau ada sendiri mula berdusta, lebih baik anda putuskan sahaja hubungan
anda berdua. Trust is very important in a relationship.

Ini juga tidak
memerlukan nasihat pakar untuk diberikan kesimpulan. Sekiranya anda dapati
bahawa anda sering berfikir dan angau tentang seseorang (selain daripada buah
hati kamu), ini beerti anda sudah mula melupakan si dia. Kalau betul anda
cintakan dia, pasti dia sentiasa di hati bukan?

Oh, yang ini sudah
agak kritikal. Tatkala anda mula merasa bosan melihat pasangan anda, ini
mungkin bererti anda juga sudah bosan dengan kasih sayang yang dikongsi selama
ini. Anda sepatutnya tidak merasa jenuh menatap suara wajah atau mendengar
suara kekasih sendiri! Andai ini yang anda rasai, ucapkanlah selamat tinggal
pada si dia.

Setelah bosan
dengan sikap dan kerenahnya anda mula mengelak dari bertemu atau berbual
dengannya. Anda lebih selesa bila tidak berbicara dengannya. Malah lebih
gembira bersama teman-teman yang lain. The love is definitely fading if this
starts to happen.

Inilah kemuncak
segala-galanya. Ada orang putus hubungan dengan cara yang baik dan masih kekal
bersahabat. Namun apabila anda berdua sudah mula merasa benci terhadap satu
sama lain, itu adalah pembayang muktamad. Sebelum anda berbunuh-bunuhan,
putuskan sahaja hubungan. Sekurang-kurangnya ia tidak akan berakhir dengan
kematian atau kecederaan. Maklumlah, zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.