


Hati perempuan sangat lembut. Jadi, kalau kamu betul betul sayangkan dia, pujuklah dengan bersungguh-sungguh. Pasti hatinya akan sejuk dan kembali seperti biasa. Ingat, jangan selalu sakitkan hati perempuan kerana sekali hati perempuan tersebut sakit, sampai bila bila dia akan ingat. Jadi, selamat mencuba!

Apabila si dia marah dan merajuk, cuba buat
muka tak ada perasaan ataupun senyum depan dia. Lagi dia marah, atau merajuk,
teruskan senyum. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si
dia tak jadi untuk merajuk lagi sebab kasihan dan risau dengan kewarasan kamu.

Kena tengok ‘mood’ dulu nak berlawak, jangan
nanti tak pasal pasal tangan si dia hinggap di muka. Pastikan lawak itu menjadi
dan cukup kelakar. Pasti sekejap saja dia merajuk dan selebihnya tergelak
dengar lawak kamu. Kalau dia tak ketawa, anggap saja dia ketawa dalam hati.

Belikan si dia sesuatu ikut
kemampuan kamu. Apa yang disukai, minat, idam, benda comel, apa saja. Cuba
belikan dia hadiah dan buat kejutan untuknya. Mesti cair dan automatik merajuk
terus hilang.

Manfaatkan teknologi ke tahap maksimum.
Sekiranya ada simptom si dia merajuk, hantarlah sms/mms/voicemail kepadanya.
Guna ayat yang menunjukkan kamu minta maaf dengan setulus hati. Senang bukan?
Tapi kalau duduk bersebelahan, takkanlah nak hantar sms juga. Lebih baik cakap
berdepan.

Tip yang kurang disyorkan sebab mungkin akan
berlaku perpisahan. Tapi kalau kamu nak mencuba, apa salahnya. Apabila si dia
merajuk atau marah buat tak tahu. Tengok reaksi dia, sama ada ‘fed up’ dan
terus ‘ok’ sebab malas nak layan kerenah kamu atau ‘fed up’ dan terus
tinggalkan kamu keseorangan. Kalau pilihan kedua terjadi, padanlah muka sebab
tak pujuk!

Boleh diibaratkan macam main tarik tali.
Apabila si dia sedang merajuk, cuba kamu merajuk balik dan tengok reaksi dia.
Kalau dia pujuk balik, maknanya dia betul sayang dan sabar dengan kamu. Seronok
kalau kesudahan yang bagus, kalau sebaliknya, tanggung sendiri!
Labels: cinta, merajuk, perempuan, sayang